![](/https://help.apple.com/assets/5CCDBE01094622E820D823B0/5CCDBE04094622E820D823B8/ms_MY/49e58dfdc91279da22a60b0fe1ccbc31.png)
Cari peranti dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, anda boleh melihat lokasi peranti yang hilang dan memainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Penting: Supaya dapat mencari peranti yang hilang, anda mesti menambahnya dalam Cari sebelum ia hilang.
Lihat lokasi peranti
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu cari.
Jika peranti dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya.
Jika peranti tidak dapat dicari: Di bawah nama peranti, “Tiada lokasi ditemui” muncul. Jika anda mahu dimaklumkan apabila lokasi tersedia, klik butang Info
pada peta, kemudian pilih Maklumkan Apabila Ditemui. Anda menerima pemberitahuan setelah ia ditemui.
Mainkan bunyi pada peranti
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik butang Info
pada peranti.
Klik Mainkan Bunyi. Untuk AirPods, jika ia diasingkan, anda boleh klik Kiri atau Kanan untuk mencarinya satu demi satu.
Jika peranti di dalam talian: Bunyi bermula selepas tundaan pendek dan semakin meningkat dalam kelantangan, kemudian bermain sepanjang lebih kurang dua minit. Peranti juga mungkin bergetar. Untuk semua peranti kecuali AirPods, isyarat [peranti] Cari juga muncul pada skrin peranti.
Jika peranti di luar talian: Untuk AirPods, anda menerima pemberitahuan pada peranti anda kali seterusnya AirPods anda berada dalam kawasan satu daripada peranti anda dan app Cari terbuka. Untuk semua peranti lain, bunyi dimainkan kali seterusnya peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Jika anda menemui peranti, anda boleh menyahaktifkan bunyi sebelum ia berhenti secara automatik—hanya tekan sebarang butang atau sebarang kekunci.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch, atau tapak web Sokongan AirPods.
Dapatkan arah ke peranti
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu dapatkan arahnya, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Arah.
App Peta
terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa peranti. Lihat Dapatkan arah dalam Peta pada Mac.