![](/https://help.apple.com/assets/5CCDBE01094622E820D823B0/5CCDBE04094622E820D823B8/ms_MY/49e58dfdc91279da22a60b0fe1ccbc31.png)
Sediakan Cari pada Mac
Sebelum anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan anda dan mencari peranti, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari Mac Saya. Anda boleh melakukan ini apabila anda membuka Cari untuk kali pertama atau kemudian dalam Keutamaan Sistem.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Keselamatan & Privasi.
Klik Privasi, kemudian klik Perkhidmatan Lokasi di bahagian kiri.
Klik ikon kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Pilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi, kemudian pilih Cari dalam senarai app.
Sediakan Cari Mac Saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Jika anda tidak melihat Apple ID, klik Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda atau klik Cipta Apple ID (jika anda belum mempunyai satu).
Klik iCloud dalam bar sisi.
Pilih Cari Mac Saya, kemudian klik Benarkan (jika diminta) untuk membenarkan Cari Mac Saya menggunakan lokasi Mac anda.
Jika butang Butiran bersebelahan Cari Mac Saya, pastikan anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari dalam keutamaan Keselamatan & Privasi.
Aktifkan pilihan Cari
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian klik iCloud dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Jika anda tidak melihat Apple ID, klik Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda atau klik Cipta Apple ID (jika anda belum mempunyai satu).
Klik iCloud dalam bar sisi.
Pilih Cari Mac Saya, kemudian klik Pilihan.
Jika anda melihat butang Butiran, anda perlu menyediakan Cari.
Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Cari Mac Saya: Mengaktifkan pilihan ini membenarkan anda mencari Mac anda jika anda tersalah letak dan melindungi maklumat dalamnya.
Pencarian Luar Talian: Mengaktifkan pilihan ini membenarkan anda mencari peranti anda (menggunakan Bluetooth) walaupun apabila ia tidak disambungkan ke Wi-Fi atau selular.
Nota: Apabila anda menyahaktifkan Pencarian Luar Talian, Mac anda tidak boleh ditemui oleh anda atau orang lain.
Untuk mendapatkan butiran tentang privasi dan cara anda boleh mengawal maklumat pada Mac anda yang terdedah, lihat Pertahankan privasi anda pada Mac.