![](/https://help.apple.com/assets/5CCDBE01094622E820D823B0/5CCDBE04094622E820D823B8/ms_MY/49e58dfdc91279da22a60b0fe1ccbc31.png)
Setkan pemberitahuan lokasi untuk rakan dalam Cari pada Mac
Anda boleh memberitahu rakan apabila lokasi anda bertukar dan dapatkan pemberitahuan tentang lokasi rakan.
Nota: Jika anda berkongsi lokasi anda dengan keluarga, anda juga boleh mengesetkan pemberitahuan lokasi untuk mereka dengan mengikuti langkah di bawah.
Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info
pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan [nama rakan anda].
Pilih sama ada anda mahu memberitahu rakan anda jika anda tiba di atau meninggalkan lokasi.
Pilih lokasi semasa anda, lokasi semasa rakan anda, atau klik Tambah Lokasi untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, rakan anda dimaklumkan apabila anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu rakan anda diberitahu hanya sekali atau setiap kali lokasi anda bertukar.
Klik Tambah.
Dapatkan maklumat apabila lokasi rakan anda bertukar
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info
pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu diberitahu apabila rakan tiba di atau meninggalkan lokasi.
Pilih lokasi semasa rakan anda, lokasi semasa anda, atau klik Tambah Lokasi untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Klik Tambah, kemudian klik Cipta Pemberitahuan.
Rakan anda mendapat isyarat selepas anda mengesetkan pemberitahuan.
Anda boleh menyediakan sehingga 25 pemberitahuan Maklumkan Saya merentas semua rakan anda.
Petua: Anda boleh memilih sama ada anda mahu menerima pemberitahuan lokasi daripada semua orang atau hanya daripada rakan yang anda kongsikan lokasi anda—dalam senarai Orang, pilih Saya, klik butang Info pada peta, kemudian klik Terima Kemas Kini Lokasi untuk memilih pilihan.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan
Anda boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan yang anda setkan untuk rakan, atau yang rakan setkan untuk anda.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, lakukan satu daripada berikut:
Uruskan pemberitahuan tentang rakan: Pilih nama.
Uruskan pemberitahuan tentang anda: Pilih Saya.
Klik butang Info
pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, pilih pemberitahuan, kemudian lakukan satu daripada berikut.
Tukar pemberitahuan: Tukar sebarang butiran, kemudian klik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Klik Padam Pemberitahuan, kemudian klik Padam Pemberitahuan.