![](/https://help.apple.com/assets/622671A36FCB322B4A4C54DD/622671A46FCB322B4A4C54E7/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Cari peranti dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, anda boleh melihat lokasi peranti Apple yang hilang dan memainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Penting: Untuk mencari peranti yang hilang, anda mesti menambahnya ke Cari sebelum peranti hilang.
Perihal mencari peranti
Anda boleh melihat peranti jika ia dalam talian. Jika peranti di luar talian, anda melihat lokasi peranti kali terakhir ia dalam talian atau bersambung ke rangkaian Cari.
Untuk iPhone 11 dan lebih baharu, Cari boleh mencarinya untuk sehingga 24 jam selepas ia dimatikan (dengan iOS 15 atau lebih baharu) dan sehingga 5 jam jika ia dalam mod rizab kuasa (dengan iOS 15.2 atau lebih baharu). Lihat Tambah iPhone anda ke Cari dalam Panduan Pengguna iPhone.
Untuk AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro dan AirPods Max, jika anda mengaktifkan rangkaian Cari, anda boleh mencarinya sehingga 24 jam selepas kali terakhir ia dalam talian, walaupun jika ia berada dalam bekas. Lihat Aktifkan rangkaian Cari untuk AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max dalam Panduan Pengguna AirPods.
Untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2) dan produk Beats yang disokong, anda boleh mencarinya apabila ia dalam talian, keluar daripada bekas dan dalam julat Bluetooth iPhone, iPad atau iPod touch anda. Lihat Cari AirPods dalam Cari dalam Panduan Pengguna AirPods.
Untuk Dompet Kulit iPhone dengan sokongan Cari, anda boleh melihat lokasinya apabila ia dipasang pada iPhone anda dan lokasi terakhirnya jika ia ditanggalkan dari iPhone anda. Lihat Tambah Dompet Kulit iPhone anda ke Cari dalam Panduan Pengguna iPhone.
Lihat lokasi peranti
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu cari.
Jika peranti dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya. Lokasi dan cap masa yang dikemas kini kelihatan di bawah nama peranti. Jika terdapat bulatan biru di sekeliling peranti, lokasi adalah anggaran.
Jika peranti tidak dapat dicari: Di bawah nama peranti, “Tiada lokasi ditemui” muncul. Jika anda mahu dimaklumkan apabila lokasi tersedia, klik butang Info
pada peta, kemudian pilih Maklumkan Apabila Ditemui. Anda menerima pemberitahuan setelah ia ditemui.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar keutamaan Pemberitahuan pada Mac.
Untuk mendapatkan langkah menyelesaikan masalah, lihat artikel Sokongan Apple Jika Cari di luar talian atau tidak berfungsi.
Petua: Anda boleh mengaktifkan isyarat pemisahan untuk peranti jika anda mempunyai iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat “Setkan amaran pemisahan sekiranya anda tertinggal peranti anda” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad atau iPod touch, atau Cari peranti disalah letak dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Mainkan bunyi pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch anda
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik butang Info
pada peranti.
Klik Mainkan Bunyi.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Mainkan Bunyi.
Jika peranti di dalam talian: Bunyi bermula selepas tundaan pendek dan semakin meningkat dalam kelantangan, kemudian bermain sepanjang lebih kurang dua minit. Peranti mungkin bergetar. Isyarat Cari [peranti] Saya juga muncul pada skrin peranti.
E-mel pengesahan juga dihantar ke alamat e-mel Apple ID anda.
Jika peranti di luar talian: Bunyi dimainkan pada kali seterusnya peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch.
Mainkan bunyi pada AirPods atau produk Beats anda
Anda boleh memainkan bunyi pada AirPods atau fon kepala Beats anda jika ia keluar daripada bekasnya. Jika anda mengaktifkan rangkaian Cari untuk AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max, anda juga boleh memainkan bunyi apabila ia berada dalam bekasnya.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih AirPods atau produk Beats anda, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Mainkan Bunyi. Jika AirPods atau produk Beats anda diasingkan, anda boleh klik Kiri atau Kanan untuk mencarinya satu demi satu.
Jika AirPods atau produk Beats anda di luar talian, atau jika anda mengaktifkan rangkaian Cari: Ia memainkan bunyi serta-merta (untuk dua minit).
Jika AirPods atau produk Beats anda di luar talian: Bunyi dimainkan pada kali seterusnya peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular. Anda juga menerima pemberitahuan pada peranti anda kali seterusnya AirPods atau produk Beats anda berada dalam liputan salah satu peranti anda dan app Cari terbuka.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar keutamaan Pemberitahuan pada Mac.
Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan Cari dengan AirPods, lihat Panduan Pengguna AirPods.
Berhenti memainkan bunyi pada peranti
Jika anda menemui peranti dan mahu menyahaktifkan bunyi sebelum ia berhenti secara automatik, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mac: Klik OK dalam isyarat Cari Mac Saya.
iPhone, iPad, atau iPod touch: Tekan butang kuasa atau butang kelantangan, atau petik suis Dering/Senyap. Jika peranti dikunci, anda juga boleh membuka kuncinya, atau leret untuk menutup isyarat Cari [peranti] Saya. Jika peranti dibuka kunci, anda juga boleh mengetik OK dalam isyarat Cari [peranti] Saya.
Apple Watch: Ketik Tutup dalam isyarat Cari Jam Saya, atau tekan Digital Crown atau butang sisi.
AirPods: Letakkan AirPods anda dalam bekasnya dan tutup penutupnya, atau klik Henti dalam Cari.
Produk Beats: Bergantung pada model produk Beats, anda boleh meletakkannya dalam bekas dan menutupnya, atau menekan butang kuasa. Anda juga boleh mengklik Henti dalam Cari.
Dapatkan arah ke peranti
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu dapatkan arahnya, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Arah.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Arah.
App Peta
terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa peranti. Lihat Dapatkan arah dalam Peta.
Petua: Anda boleh membantu rakan mencari peranti mereka dengan pergi ke iCloud.com supaya mereka boleh mendaftar masuk ke akaun iCloud mereka pada Mac anda. Dalam senarai Orang, pilih diri anda, kemudian klik butang Info pada peta. Di bahagian bawah, klik “Bantu rakan”, klik “Gunakan Apple ID berlainan”, kemudian biarkan rakan anda daftar masuk.