![](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/644303d199b1bf61827a5854ae4867f8.png)
Gunakan Pemain Mini Muzik pada Mac
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.
![Pemain Mini dikembangkan menunjukkan kawalan untuk lagu yang sedang dimainkan. Di bahagian penjuru kiri atas ialah butang hijau, digunakan untuk membuka Pemain Skrin Penuh. Di bahagian bawah tetingkap ialah gelangsar yang anda boleh seret untuk pergi ke tempat berlainan dalam lagu. Di bawah gelangsar di sebelah kiri ialah butang Lagi, yang anda boleh memilih pilihan paparan dan pilihan lain untuk lagu yang sedang dimainkan. Di bahagian hujung kanan di bawah gelangsar ialah dua butang—butang Lirik untuk menunjukkan atau menyembunyikan lirik tersedia dan butang Main Seterusnya untuk melihat lagu yang akan dimainkan.](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/6b9be0b76676ebaf21a3ace02aa602bd.png)
Anda juga boleh mengecilkan tetingkap Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.
![Pemain Mini Muzik yang lebih kecil, menunjukkan hanya kawalan (dan bukan karya seni album).](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/8c7a10bdd3db0aef81d84040458c252d.png)
Nota: Apple Music, lossless dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Dalam app Muzik
pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut untuk memainkan muzik:
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan Pemain Mini.
Pilih Tetingkap > Bertukar kepada Pemain Mini.
Jika anda melanggan Apple Music, lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless
bersebelahannya; lagu yang tersedia dalam Dolby Atmos mempunyai butang Dolby
bersebelahannya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kecilkan kepada tetingkap Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik butang Lagi
, kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni.
Untuk kembali ke Pemain Mini penuh, klik butang Lagi
, kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni.
Tunjukkan lirik: Klik butang Lirik
.
Untuk melihat Pemain Skrin Penuh, klik butang hijau
di penjuru kiri atas tetingkap Pemain Mini.
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik butang Main Seterusnya
di penjuru kanan bawah tetingkap Pemain Mini.
Keluar daripada Pemain Mini: Klik butang Tutup
di penjuru kiri atas tetingkap Pemain Mini.
Petua: Untuk membuka Pemain Mini dari kawalan main balik dengan cepat, klik karya seni album.
![Klik karya seni album di sebelah kiri sepanduk untuk membuka Pemain Mini.](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/c823a95523358722e6f6ad387b7a2aac.png)
Untuk mengekalkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih Muzik > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan pemain mini di atas semua tetingkap lain”.