![](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/644303d199b1bf61827a5854ae4867f8.png)
Kongsi muzik dengan rakan pada Mac
Selepas anda mencipta profil Apple Music dan menambah rakan, anda boleh berhubung dengan rakan tersebut untuk berkongsi muzik anda dan melihat perkara yang mereka dengar.
![Halaman profil dalam Apple Music: Di sebelah kanan tetingkap, klik Edit untuk memilih orang yang boleh mengikuti anda. Di sebelah kanan Edit, klik butang Lagi untuk berkongsi muzik anda.](/https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/4006f74d085febb6111c17c83916446b.png)
Kongsi muzik yang anda dengari
Dalam app Muzik
pada Mac anda, klik Dengar dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Klik Seting Privasi Tambahan, kemudian pilih pilihan Mendengar Kepada untuk menunjukkan perkara yang anda dengar dalam profil anda.
Untuk berhenti menunjukkan (dan berkongsi) perkara yang anda dengar, nyahpilih Mendengar Kepada.
Kongsi senarai main anda
Dalam app Muzik
pada Mac anda, pilih senarai main standard yang anda mahu kongsi dalam bar sisi.
Di atas senarai lagu dalam senarai main, pilih “Terbitkan pada profil dan carian”.
Untuk berhenti menunjukkan (dan berkongsi) senarai main, nyahpilih “Terbitkan pada profil dan dalam carian”.
Petua: Anda juga boleh berkongsi senarai main apabila anda mengedit profil anda.
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Dalam app Muzik
pada Mac anda, klik Dengar dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik gambar profil rakan untuk melihat perkara yang mereka sedang dengar.