![](/https://help.apple.com/assets/656FB82AF70ABEF8DF08335A/656FB82BA24EC4713C0D0E30/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Padam peranti dalam Cari pada Mac
Jika Mac, iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch anda hilang atau dicuri, atau anda bercadang untuk menjualnya atau memberikannya kepada orang lain, anda seharusnya memadamkan peranti. Untuk memadamkan peranti dari jauh, anda mesti menambahnya ke Carisebelum ia hilang.
Petua: Anda juga boleh memadamkan peranti dalam talian dalam Cari Peranti di iCloud.com.
Apakah yang berlaku apabila anda memadam peranti?
Semua kandungan dan seting peribadi anda dipadamkan.
Kunci Pengaktifan kekal aktif untuk melindungi peranti anda. Untuk menyahaktifkannya, keluarkan peranti daripada Cari.
Jika anda memadamkan peranti yang mempunyai iOS 15, iPadOS 15, atau lebih baharu dipasang, anda boleh menggunakan Cari untuk mencari atau memainkan bunyi pada peranti. Jika tidak, anda tidak boleh mencari atau memainkan bunyi padanya.
Anda masih boleh mencari Mac atau Apple Watch anda jika ia berdekatan rangkaian Wi-Fi yang digunakan sebelumnya.
Lihat artikel Sokongan Apple tentang persediaan untuk menjual, memberikan kepada orang lain atau menukar Mac, iPhone, iPad, Apple Watch atau AirPods anda.
Padam peranti secara jauh
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu padamkan, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Padam Peranti Ini.
Masukkan nombor telefon atau mesej, kemudian klik Padam.
Masukkan kata laluan Apple ID anda, kemudian klik Padam lagi.
Jika peranti di luar talian, pemadaman jauh bermula kali seterusnya ia bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Anda juga boleh memadamkan Mac anda dalam Seting. Lihat artikel Sokongan Apple Padamkan Mac anda dan resetnya ke seting kilang.
Batalkan padam
Jika anda memadamkan peranti yang di luar talian dan menemuinya sebelum ia kembali dalam talian, anda boleh membatalkan permintaan padam.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang pemadaman anda mahu batal, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Batalkan Padam, masukkan kata laluan Apple ID anda, kemudian tekan Return.
Nota: Mencari peranti tidak tersedia di semua negara atau rantau.