![](/https://help.apple.com/assets/656FB82AF70ABEF8DF08335A/656FB82BA24EC4713C0D0E30/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Keluarkan peranti daripada Cari pada Mac
Anda boleh menggunakan app Cari pada Mac anda untuk mengeluarkan peranti daripada senarai Peranti anda atau mengeluarkan Kunci Pengaktifan pada peranti yang anda telah jual atau berikan. Apabila anda mengeluarkan Kunci Pengaktifan, orang lain boleh mengaktifkan peranti dan menyambungkannya ke Apple ID mereka.
Petua: Lihat artikel Sokongan Apple tentang persediaan untuk menjual, memberikan kepada orang lain atau menukar Mac, iPhone, iPad, Apple Watch atau AirPods anda.
Keluarkan peranti daripada senarai Peranti
Jika anda tidak merancang untuk menggunakan peranti, anda boleh mengeluarkannya daripada senarai Peranti anda.
Nyahaktifkan peranti, atau letakkan AirPods dalam bekasnya. (Anda hanya boleh mengeluarkan peranti jika ia di luar talian.)
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Info
pada peta, kemudian klik Keluarkan Peranti Ini.
Peranti dikeluarkan selepas 30 hari.
Nota: Peranti kelihatan semula dalam senarai Peranti anda kali seterusnya ia dalam talian jika ia masih mempunyai Kunci Pengaktifan (untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch), atau dipasangkan dengan iPhone atau iPad anda (untuk AirPods atau fon kepala Beats).
Selepas anda mengeluarkan peranti, ia mungkin perlu direset, dipadamkan atau dipulihkan sebelum ia boleh digunakan oleh Apple ID lain.
Keluarkan Kunci Pengaktifan pada Mac yang anda gunakan
Sebelum anda menjual, memberikan atau menukar beli peranti, anda patut mengeluarkan Kunci Pengaktifan supaya peranti tidak lagi dikaitkan dengan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.Jika anda melihat “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, anda telah mendaftar keluar, jadi Kunci Pengaktifan dikeluarkan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Nyahaktifkan Cari: Klik iCloud di sebelah kanan, klik Cari Mac Saya, kemudian klik Nyahaktifkan bersebelahan Cari Mac Saya.
Jika Cari Mac Saya tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua.
Nyahaktifkan semua ciri iCloud: Skrol ke bawah ke Daftar Keluar di sebelah kanan, kemudian kliknya. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada seting Apple ID anda.
Untuk mengeluarkan Kunci Pengaktifan dengan memadamkan semua seting, data dan app anda, lihat artikel Sokongan Apple Padamkan Mac anda dan resetnya ke seting kilang.
Keluarkan Kunci Pengaktifan pada peranti yang anda tidak lagi miliki
Jika anda menjual atau memberikan peranti anda kepada orang lain dan anda terlupa untuk menyahaktifkan Cari, anda masih boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan.
Petua: Anda juga boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan dalam talian di Cari Peranti di iCloud.com.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Info
pada peta, klik Padam Peranti Ini kemudian ikuti arahan pada skrin.
Jika peranti berada di luar talian, pemadaman jauh bermula kali seterusnya peranti bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Apabila peranti dipadamkan, klik butang Info
pada peta lagi, kemudian klik Keluarkan Peranti Ini.
Semua kandungan anda dipadamkan, Kunci Pengaktifan dikeluarkan dan orang lain kini boleh mengaktifkan peranti.
Nota: Mencari peranti tidak tersedia di semua negara atau rantau.