![](/https://help.apple.com/assets/6712D663A5C9C17B38070C34/6712D6680716C7F2C008E7B0/ms_MY/fbd8d40651fff19a46e7aaedd4cb1b09.png)
Gunakan x-callback-url dengan Pintasan pada Mac
Pintasan menyokong x-callback-url, membenarkan app pemanggil menerima balasan (panggil balik) apabila interaksi tertentu dilengkapkan. Anda boleh mengimport dan menjalankan pintasan daripada x-callback-url menggunakan parameter yang sama yang dibincangkan dalam Jalankan pintasan menggunakan skema URL pada Mac. Sebagai contoh:
shortcuts://x-callback-url/run-shortcut?name=Calculate%20Tip&input=text&text=24.99&x-success=...&x-cancel=...
Mengikut standard x-callback-url parameter tambahan berikut boleh diberikan:
x-success (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi berjaya—contohnya selepas pintasan diimport atau selesai dijalankan. Jika pintasan dijalankan, parameter bernama
result
ditambah ke URL dan mengandungi output teks pintasan.x-cancel (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi dibatalkan oleh pengguna.
x-error (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi gagal kerana ralat berlaku. Parameter bernama
errorMessage
ditambah ke URL dan mengandungi perihalan ralat.
Dengan x-success
, anda boleh memberikan URL yang dibuka selepas pintasan selesai dijalankan dengan berjaya. Ini boleh digunakan dengan senarai semak tugas berbilang langkah, yang anda membuka x-callback-url untuk menjalankan pintasan, kembali ke senarai dan beralih ke tugas seterusnya melalui URL.
Dengan x-cancel
, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan berhenti sebelum ia selesai dijalankan. Disebabkan pintasan tidak selesai, tiada output disediakan daripada pintasan.
Dengan x-error
, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan mengalami ralat semasa dijalankan dan gagal diselesaikan. Dalam kes ini, anda boleh mulakan dengan URL berbeza untuk menangani isu tersebut.