![](/https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/6846073fc6f766d1ad3f66ae757c5e24.png)
Bermula dengan Safari pada Mac
Gunakan Safari pada Mac anda untuk melayari tapak web dan mencari hampir apa-apa sahaja di web. Begini caranya untuk bermula.
![Medan Carian Pintar Safari, tempat anda boleh memasukkan nama tapak web atau URL.](/https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/32123fbb8c18dc847f5278c087e1907e.png)
Cari maklumat
Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar di bahagian atas tetingkap Safari untuk mencari hampir apa-apa sahaja di web. Masukkan perkara yang anda mahu cari—seperti “aiskrim berdekatan saya”—kemudian klik salah satu cadangan carian yang kelihatan.
![Medan Carian Pintar Safari, tempat anda boleh memasukkan nama tapak web atau URL.](/https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/66a57eaa46fa37cc956b35b095298fca.png)
Pergi ke tapak web
Anda juga boleh menggunakan medan Carian Pintar di bahagian atas tetingkap Safari untuk melawat tapak web. Hanya masukkan nama atau alamat webnya.
![Medan Carian Pintar Safari, tempat anda boleh memasukkan nama tapak web atau URL.](/https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/0264686994a1067117a7a0ed28fd350c.png)
Pilih laman utama
Jika anda mahu melawat tapak web dengan kerap, anda boleh menjadikannya laman utama anda dan membuatkannya kelihatan setiap kali anda membuka tetingkap Safari baharu. Pilih Safari > Seting, klik Umum, kemudian masukkan alamat halaman web (atau klik Setkan ke Halaman Semasa untuk memilih halaman web yang anda sedang lihat).
![Tetingkap Edit Penanda Buku dalam Safari.](/https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/8963792896c9cf236e460c3a7dec02f4.png)
Tandakan tapak web
Apabila anda menemui tapak web yang anda mahu kembali, anda boleh menandakannya supaya anda boleh melawatnya semula dengan mudah. Klik dalam bar alat, kemudian pilih Tambah Penanda Buku. Untuk melawat tapak web yang ditandakan, klik
dalam bar alat, kemudian klik
.
Mahu mengetahui lebih lanjut?