
Gunakan Seterusnya dalam Podcast pada Mac
Dalam Seterusnya, anda boleh melihat dan mengurus episod cadangan daripada rancangan yang anda simpan, ikuti atau mainkan baru-baru ini.
Dalam app Podcast
pada Mac anda, klik Laman Utama dalam bar sisi.
Dalam Seterusnya, lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod: Klik tajuk episod, kemudian klik butang Main
.
Lihat lebih banyak rancangan: Klik butang Maju
atau butang Balik
.
Lihat maklumat episod: Klik tajuk episod.
Pergi ke halaman rancangan: Klik jubin rancangan.
Tambah episod ke baris gilir Main Seterusnya: Klik butang Lagi
dalam jubin rancangan, kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Simpan episod: Klik butang Lagi
dalam jubin rancangan, kemudian pilih Simpan Episod.
Muat turun episod: Klik butang Lagi
dalam jubin rancangan, kemudian pilih Muat Turun Episod.
Keluarkan episod: Klik butang Lagi
dalam jubin rancangan, kemudian klik “Keluarkan daripada Seterusnya”.