
Lindungi NameDrop
Apakah NameDrop?
NameDrop (sebahagian daripada AirDrop) membolehkan pengguna iPhone dan Apple Watch untuk berkongsi maklumat kenalan mereka secara mudah dengan hanya mendekatkan peranti mereka. Anda boleh memilih butiran kenalan khusus yang anda mahu—atau tidak mahu—berkongsi.
NameDrop berfungsi secara automatik. Jika anda perlu menyahaktifkan NameDrop, lihat Nyahaktifkan NameDrop.
Nota: Untuk menggunakan NameDrop, kedua-dua peranti mestilah mempunyai iOS 17.1, iPadOS 17.1, watchOS 10.1, atau lebih baharu pada iPhone, Apple Watch SE generasi ke-2, Apple Watch Series 7, Apple Watch Ultra, atau lebih baharu.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Semak dan kemas kini Kad Kenalan anda
Anda boleh mengemas kini maklumat yang anda kongsi dalam NameDrop dengan mengemas kini Kad Kenalan anda—contohnya jika anda hanya mahu berkongsi nama pertama anda atau parap anda.
Nota: NameDrop berkongsi hanya nama, nombor telefon atau alamat e-mel anda yang anda pilih, serta maklumat Poster Kenalan yang dikaitkan dengan Kad Kenalan anda. Ia tidak berkongsi maklumat lain dalam Kad Kenalan anda seperti alamat rumah atau tarikh lahir anda. Apabila anda berkongsi maklumat hubungan anda menerusi Kenalan atau NameDrop, kata ganti nama anda tidak dikongsi secara lalai. Apabila anda berkongsi maklumat kenalan lain, kata ganti nama mereka tidak dikongsi.
Buka app Kenalan
.
Ketik Kad Saya > Edit.
Semak dan kemas kini nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda yang anda mahu kongsikan menerusi NameDrop.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat:
Tambah atau edit info hubungan dan foto anda pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone
Tambah atau edit info hubungan dan foto anda pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad
Kongsi info hubungan anda
Anda boleh berkongsi info hubungan anda dengan orang lain.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Kongsi daripada iPhone atau iPad: Pegang iPhone anda beberapa sentimeter di atas iPhone atau Apple Watch orang lain.
Kongsi daripada Apple Watch ke Apple Watch: Buka app Kenalan
pada Apple Watch anda, ketik gambar anda di penjuru kanan atas, ketik Kongsi, kemudian dekatkan jam anda ke Apple Watch orang lain.
Kedua-dua peranti mula bercahaya dan Apple Watch bergetar untuk menandakan yang sambungan sedang dilakukan.
Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain hingga NameDrop kelihatan pada kedua-dua skrin.
Pilih untuk berkongsi kad kenalan anda (atau nombor telefon atau alamat e-mel khusus) dan menerima kad orang lain, atau pilih untuk menerima kad orang lain sahaja.
Jika anda berkongsi kad kenalan anda, ketik
, pilih medan yang anda mahu sertakan, kemudian ketik Simpan. Medan yang sama dipilih secara lalai pada kali seterusnya anda menggunakan NameDrop.
Untuk membatalkan, jauhkan dua peranti tersebut daripada satu sama lain atau kunci iPhone anda sebelum pemindahan NameDrop selesai.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat:
Gunakan NameDrop untuk berkongsi maklumat kenalan anda dengan orang baharu dalam Panduan Pengguna Apple Watch
Nyahaktifkan NameDrop
Buka app Seting
.
Ketik Umum > AirDrop.
Nyahaktifkan Mendekatkan Peranti.