
Tunjukkan lokasi semasa anda
Peta menggunakan lokasi anda untuk membantu anda mencari arah dari mana anda berada ke mana anda mahu pergi dan menunjukkan anda perniagaan, restoran dan tempat menarik lain yang berdekatan.
Benarkan Peta untuk menggunakan lokasi anda
Jika anda melihat mesej bahawa Peta tidak dapat menggunakan lokasi semasa, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Keutamaan Sistem.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Keselamatan & Privasi.
Klik ikon kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik anak tetingkap Privasi, pilih Perkhidmatan Lokasi dalam senarai di sebelah kiri, pilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi, kemudian pilih Peta.
Tunjuk lokasi anda pada peta
Klik butang Lokasi Semasa
dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar).
Titik biru muncul pada peta di lokasi anda.
Nyahaktifkan lokasi semasa anda
Anda boleh nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk semua app pada Mac anda atau hanya untuk Peta.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Keselamatan & Privasi.
Klik ikon kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik anak tetingkap Privasi, pilih Perkhidmatan Lokasi dalam senarai di sebelah kiri, kemudian nyahpilih peta. Untuk nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk semua app, nyahpilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perkhidmatan Lokasi dan privasi, lihat Urus app yang boleh menggunakan Perkhidmatan Lokasi.