Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](/https://help.apple.com/assets/5D7C3A08680CE2AC57EF0287/5D7C3A39680CE2AC57EF028F/ms_MY/69a3be89b5bbab2c0322817d09d87f4d.png)
Tunjukkan keadaan trafik dalam Peta pada Mac
Anda boleh tunjukkan keadaan trafik di dalam Peta supaya anda boleh rancang laluan terbaik dan tinggalkan masa jalan yang cukup.
![Klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Trafik untuk melihat keadaan semasa.](/https://help.apple.com/assets/5D7C3A08680CE2AC57EF0287/5D7C3A39680CE2AC57EF028F/ms_MY/8cf0459dd1e79a1ee9731160ea076cff.png)
Dalam app Peta
pada Mac anda, klik medan Carian, kemudian taipkan nama lokasi yang anda mahu semak.
Klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Trafik (supaya ada tanda semak di sebelahnya).
Titik jingga menunjukkan gerak perlahan dan titik merah menunjukkan trafik berhenti dan jalan. Penanda muncul berdekatan tempat berlaku insiden trafik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden trafik, klik penanda pada peta.
Terdapat empat penanda kejadian: ikon nahas
, ikon kerja jalan raya
, ikon jalan raya yang ditutup
, dan ikon amaran umum
. Klik penanda untuk maklumat selanjutnya.