![](/https://help.apple.com/assets/65D6A5F4483B5911A1079496/65D6A5F5DEC5DCE33E0BB05C/ms_MY/f879e8fec1cd7c4dfe20ca5fe0572a12.png)
Tukar seting Penilaian & Foto dalam Peta pada Mac
Dalam app Peta pada Mac anda, gunakan seting Penilaian & Foto untuk menerima cadangan untuk menghantar penilaian atau foto untuk tempat yang anda lawati baru-baru ini dan mengurus penilaian dan foto yang anda kongsi.
Untuk menukar seting ini, pilih Peta > Seting, kemudian klik Penilaian & Foto.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penilaian dan Foto | Hantar penilaian dan foto dalam kad tempat. | ||||||||||
Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto | Terima cadangan untuk menghantar penilaian atau foto untuk tempat yang anda lawati baru-baru ini. Cadangan penilaian dan foto menggunakan pemprosesan pada peranti dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Jika anda tidak mahu menerima cadangan, nyahpilih Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto. | ||||||||||
Benarkan Penyedia Foto untuk Menggunakan Foto Anda | Benarkan syarikat yang menyediakan foto pada Peta untuk menggunakan foto yang anda tambah pada Peta dalam produk dan perkhidmatan mereka sendiri. | ||||||||||
Tunjukkan Kredit Foto | Dapatkan kredit awam untuk foto yang anda sumbangkan pada Peta. | ||||||||||
Nama Panggilan | Masukkan nama panggilan yang anda mahu gunakan apabila anda mendapatkan kredit awam untuk foto anda pada Peta. |