
Tambah atau keluarkan rakan dalam Cari pada Mac
Selepas anda berkongsi lokasi anda dengan rakan, anda boleh meminta untuk mengikuti lokasi mereka atau mengeluarkannya jika anda tidak mahu melihat lokasi mereka.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, klik butang Info
pada peta, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ikut mereka: Klik Minta untuk Mengikuti Lokasi.
Selepas rakan anda menerima permintaan, anda boleh melihat lokasi mereka.
Petua: Untuk menambah rakan anda sebagai kegemaran, klik butang Info
pada peta, kemudian klik Tambah [Rakan] ke Kegemaran.
Keluarkannya: Klik Keluarkan [Rakan] atau Henti Berkongsi Lokasi Saya.
Nota: Anda juga boleh Control-klik nama dalam senarai Orang, kemudian pilih Keluarkan [Rakan].
Apabila anda mengeluarkan rakan, orang tersebut dikeluarkan daripada senarai Orang anda dan anda dikeluarkan daripada senarai mereka.