![](/https://help.apple.com/assets/6716BC9FE5D89C1A7D02A219/6716BCA0C3B14F6AF705E77C/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan Cari pada Mac
Pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima daripada Cari atau terus nyahaktifkannya.
Tukar atau nyahaktifkan isyarat pemisahan untuk peranti atau item
Anda boleh mengesetkan isyarat pemisahan untuk peranti atau item supaya anda tidak tertinggal item secara tidak sengaja.
Pergi ke app Cari
pada Mac anda.
Klik Peranti atau Item.
Pilih peranti atau item, kemudian klik
pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah), kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Klik Lokasi Baharu atau klik
bersebelahan lokasi yang anda mahu keluarkan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Di bahagian atas, aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah), kemudian klik Selesai.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan lokasi untuk seseorang
Anda boleh meminta untuk dimaklumkan jika lokasi rakan anda berubah, atau rakan anda boleh memilih untuk memaklumkan anda.
Nota: Pada Mac, anda hanya boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan lokasi yang anda cipta.
Pergi ke app Cari
pada Mac anda.
Klik Orang, kemudian pilih nama rakan atau Saya.
Klik
pada peta.
Di bawah Pemberitahuan atau Pemberitahuan Tentang Anda, pilih pemberitahuan, kemudian lakukan satu daripada berikut.
Tukar butiran: Tukar sebarang butiran, kemudian klik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Klik Padam, kemudian klik Padam Pemberitahuan.
Jika anda mahu menyahaktifkan pemberitahuan yang dicipta oleh rakan, anda boleh berhenti berkongsi lokasi anda atau menyahaktifkannya pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Cari
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Cari dalam senarai, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik
.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Cari: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Cari apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari orang, peranti dan item tidak tersedia di semua negara atau rantau.