Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](/https://help.apple.com/assets/5C6B2618680CE2646186F001/5C6B261B680CE2646186F008/ms_MY/ea3a139b42757b093fae185bd791927f.png)
Import buku atau PDF dalam Buku pada Mac
Jika anda mempunyai buku yang anda tidak dapat daripada Kedai Buku atau PDF yang anda mahu buka dalam Buku, anda boleh mengimport ke dalam Buku.
Dalam app Buku
pada Mac anda, pilih Fail > Tambah ke Pustaka.
Dalam dialog Buka, pilih buku atau PDF yang anda mahu import, kemudian klik Tambah.
Jika anda mempunyai buku dalam iTunes yang anda ingin tambah ke pustaka Buku, anda boleh memilih Fail > Pindahkan Buku daripada iTunes.
Jika anda telah mengimport buku dan PDF pada peranti lain, anda boleh menggunakan iCloud untuk Buku untuk melihatnya pada Mac anda.