![](/https://help.apple.com/assets/5D7C31AF094622053662A174/5D7C31C0094622053662A17B/ms_MY/182a2ff69378927e482fd9207bf76746.png)
Muat turun buku atau buku audio yang dibeli dan dikemas kini dalam Buku pada Mac
Jika anda membeli buku atau buku audio daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio pada peranti lain, anda boleh memuat turun dan melihat pembelian tersebut pada Mac anda. Anda juga boleh memuat turun buku dan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga (jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga) dan mendapatkan kemas kini.
Muat turun buku dan buku audio yang anda beli pada peranti lain
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk membeli atau memuat turun buku dan buku audio.
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Pustaka dalam bar alat.
Klik Semua Buku dalam bar sisi, klik Isih Mengikut (di bahagian kanan atas pustaka anda), kemudian pilih Tunjukkan Buku iCloud.
Jika anda melihat Sembunyikan Buku iCloud, buku dan buku audio telah dipaparkan.
Dwiklik buku atau buku audio yang mempunyai ikon status iCloud
untuk memuat turun dan membukanya.
Petua: Anda boleh membuatkan buku yang anda beli pada peranti lain dimuat turun secara automatik pada Mac anda. Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, klik Kedai, kemudian pilih “Muat turun pembelian baru secara automatik”.
Muat turun buku dan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk Perkongsian Keluarga.
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai Buku atau Kedai > Laman Utama Kedai Buku Audio).
Di sebelah kanan di bawah Pautan Pantas, klik Dibeli.
Bersebelahan Dibeli, klik nama anda, kemudian pilih ahli keluarga lain.
Klik ikon status iCloud
untuk buku atau buku audio yang anda mahu tambah ke pustaka anda.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan Apple ID anda.
Muat turun kemas kini buku atau buku audio
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik butang Muat Turun
di bahagian penjuru kanan atas.
Butang Muat Turun hanya ditunjukkan apabila kemas kini tersedia.
Pilih buku dan buku audio tertentu untuk dikemas kini atau klik Kemas Kini Semua.
Muat turun buku audio yang dibeli pada audible.com
Audible ialah tapak web pihak ketiga yang menjual buku audio dan program pertuturan yang lain.
Anda boleh memuat turun item yang anda beli daripada Audible ke Buku dan mendengarnya pada Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Sebelum anda boleh mendengar buku audio daripada tapak web Audible, komputer anda perlu dibenarkan pada audible.com.
Daftar masuk ke audible.com.
Cari buku audio yang anda mahu tambah ke pustaka anda dalam Buku, kemudian klik Muat Turun.
Buku audio dimuat turun ke folder Muat Turun anda.
Buka folder Muat Turun, cari buku audio, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Klik buku audio.
Seret buku audio ke tetingkap app Buku.
Dalam app Buku
, pilih Fail > Tambah ke Pustaka, pergi ke folder Muat Turun, pilih buku audio, kemudian klik Tambah.
Buku audio yang dimuat turun muncul dalam Buku Audio pada pustaka anda dalam Buku.
Tukar seting anda untuk muat turun dan pembelian
Pada Mac anda, pilih Menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Klik Media & Pembelian (dalam bar sisi).
Pilih pilihan anda.
Jika anda menggunakan iCloud untuk Buku, sebarang buku, buku audio dan PDF yang anda import pada peranti lain dimuat turun ke Mac anda secara automatik selagi ia mempunyai ruang storan yang mencukupi.
Buku dan buku audio tersembunyi tidak kelihatan dan tidak boleh dimuat turun.